Jasa pejuang tidak dilupai – Flovia

Kg Durok, Keningau Isnin 29 Ogos 2022 : Pagi tadi ADUN N44 Tulid Yang Berhormat Puan Flovia Ng selaku Ketua EXCO Wiranita STARSabah telah mengetuai rombongan EXCO Wiranita menziarahi mantan AJK EXCO Wiranita Puan Andib Andios yang sedang sakit dan berehat di kediaman beliau di Kg Durok.

YB meluangkan masa dari jadual padat beliau untuk memberi penghiburan dan semangat serta solidariti kepada Puan Andib.

Sedikit sumbangan iklas daripada YB telah disampaikan dan YB sertakan dengan doa semoga Puan Andib diberkati dengan kesembuhan dan kesihatan beliau kembali kepada sedia kala.

Mengiringi YB ialah Ketua Wiranita Liawan Puan Heldahwaty dan AJK Wiranita Sook Puan Rashna Angin serta Puan Supina Lawi.