Sumbangan untuk pembaikanpulih kolam takungan air Kg Magatang

Kg Magatang, Mukim Sebrang. 3 Disember 2021(Jumaat) : Hari ini, Pegawai Pembagunan Masyarakat Tuan Casmir Silip mewakili YB Puan Flovia Ng bagi menyampaikan sumbangan untuk kegunaan baikpulih kolam takungan air untuk kegunaan penduduk Kg Magatang, yang mana kolam takungan air yang sedia ada telah pecah dan bocor.

Sumbangan tersebut telah diterima oleh Ketua Kampung Kg Magatang iaitu Tuan Dalisip Joseph Lipot.

Diharapkan agar sumbangan yang diberikan ini dapat membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung berkenaan.

Turut bersama dalam penyerahan sumbangan tersebut ialah CDO Tn Jacob Melibin.