Salam takziah kepada Pn Formee Sinawat atas kepermegian bapa yang dikasihi

Kg Solob, Sipitang. 14 Oktober 2021(Khamis) : Hari ini rombongan STAR N35 Sindumin yang diketuai oleh Naib Ketua Bahagian Tn Daring Bian melawat Timbalan Setiausaha Wiranita STAR N35 Sindumin Pn Formee Sinawat yang kehilangan bapa dikasihi pada subuh hari ini.

Mendiang Sinawat Kelala merupakan seorang Penatua iaitu seorang pemimpin umat dalam jemaah Gereja SIB Solob, Sipitang. Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 4 pagi hari ini.

Ketua Wiranita N35 Sindumin Pn Sylvia David telah mewakili YB Pn Flovia Ng, selaku Timbalan Ketua Exco Wiranita untuk menyampaikan sumbangan kasih peribadi kepada Pn Formee Sinawat. Selain dari itu, Pn Sylvia juga menyampaikan sumbangan dalam bentuk makanan dari jentera Wiranita N35 Sindumin.

Turut hadir bersama rombongan ialah AJK Bahagian Tn Kuinsin Ambilit yang turut hadir untuk menzahirkan solidariti bersama keluarga Pn Formee.

Kepermegian Penatua Sinawat Kelala bukan saja satu kehilangan untuk keluarga, malah ia sudah tentu satu kehilangan untuk umat Gereja SIB Solob. Salam takziah dari YB Pn Flovia Ng untuk semua yang terkesan.

YB dan rombongan STAR Bahagian N35 Sindumin berharap sumbangan kecil ini dapat meringankan beban perbelanjaan pengebumian mendiang.