Sumbangan mesin rumput untuk penduduk Kg Tiong

DUN Tulid, 14 September 2021(Selasa): Hari YB Pn Flovia Ng telah menyerahkan dua buah mesin rumput kepada Ketua Kampung Kg Tiong(Mukim Tulid), Tn Sabinus Suron di perkarangan Pejabat UPPM N44 Tulid.

Mesin rumput telah dimohon untuk kegunaan gotong royong penduduk Kg Tiong.

Menyaksikan penyerahan ini ialah PPM Tn Casmir Silip dan Pemaju Mukim Tulid Tn Jerry Daimin.